Wednesday, September 9, 2009

Beautiful Story..

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word????

This is a beautiful story.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern

Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting

at the kitchen table reading his
Quran. His grandson wanted to be just

like him and tried to imitate him in every way he could.



One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Quran just like

You but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I

close the book. What good does reading the Qur'an do?"




The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,

"Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of

water."



The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back

to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move

a little faster next time," and sent him back to the river with the basket

to try again. This time the boy ran
faster, but again the basket was empty

before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was

impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.





The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a
basket of

water. You're just not trying hard enough," and he went out the door

to watch the boy try again.



At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his

grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak

out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into

river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was

again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"


"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the

basket."



The boy looked at the basket and for the first time realized that the

basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket

and was now clean,
inside and out.



"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not

understand or remember everything, but when you read it, you will be

changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."
Read More......

Tahukah anda?

Sejarah Umat Islam.

Gambaran tentang kejayaan dan kemuliaan umat Islam ini telah hilang dari minda kebanyakan kaum muslimin ketika ini. Ini kerana zaman kejayaan dan kemuliaan mereka wujud ketika mereka masih hidup dalam naungan Negara Islam yang menerapkan Sistem Islam. Satu-satunya generasi yang sempat menyaksikannya adalah generasi yang hidup pada zaman Khilafah Uthmaniyyah. Merekalah satu-satunya generasi yang mempunyai kesempatan untuk menyaksikan sisa-sisa kebesaran umat Islam yang hidup dalam naungan Negara Islam. Kemuliaan umat Islam dalam naungan Negara Islam itu bukanlah catatan sejarah dan angan-angan semata-mata. Ini kerana bukti-buktinya benar-benar ada dan memenuhi ruangan sejarah selama 13 abad. Ketika ini, orang Islam yang mempunyai akal sihat akan merindui semula kejayaan dan kegemilangan Islam serta kemuliaan mereka di bawah naungan Negara Islam. Oleh itu, pemahaman yang benar dan jernih terhadap realiti tersebut akan meningkatkan keyakinan umat ini untuk meraih semula kemuliaan dan kejayaannya.

570M
1. Kekalahan Abrahah didalam percubaannya untuk memusnahkan Kaabah.
2. Kelahiran Muhammad( SAW), bapa baginda Abdullah meninggal dunia sebelum kelahiran Nabi. Ibu baginda, Aminah meninggal dunia ketika Nabi berumur 6 tahun.

594M
Muhammad (SAW) berkahwin dengan Khadijah.

610M
1. Muhammad (SAW) dilantik menjadi Rasul (utusan) Allah.
2. Memulakan fasa Dakwah Pertama: Membina para sahabatnya dan penganut Islam yang baru secara rahsia dirumah Al-Arqam.

613M
Memulakan fasa Dakwah Kedua dan berinteraksi diantara orang Islam dengan orang kafir.


619M
Israk dan Mi’raj berlaku. Mencari Nusrah (perlindungan) dalam rangka menerapkan Islam daripada orang yang memiliki pengaruh serta kekuatan dan suku-suku,kaum dengan syarat mereka memeluk Islam.

621M.
1. Fasa Dakwah ketiga: Mendapat Baiah Aqabah pertama: Rasulullah SAW telah diberi baiah oleh suku al-Aus dan Al Khazraj yang berasal dari Yathrib (Madinah)
2. Muhamad mengirim Mu’sab bin Umair ke Yathrib untuk mengajarkan Islam kepada suku tersebut.
3. Sebahagian besar penduduk Madinah memeluk Islam.

622M
1. Baiah Aqabah kedua: Rasulullah SAW telah menerima penyerahan pemerintahan Madinah dari Al-Aus dan Al Khazraj. Baiah Aqabah kedua ini diberikan oleh 73 lelaki dan 2 wanita. Mereka memberikan Rasulullah baiah untuk memeluk Islam dan memberi perlindungan kepada Rasulullah.
2. Perintah untuk berhijrah dikeluarkan oleh Rasulullah kepada para sahabat. Quraisy merancang membunuh baginda, tetapi gagal dan baginda berjaya melakukkan hijrah.

622M/1 HIJRAH
Negara Islam ditegakkan di Madinah

622-32M
1. Rasulullah SAW sebagai ketua negara Islam Pertama.
2. Mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajrin
Menubuhkan masjid sebagai pusat pentadbiran agama dan politik
Menandatangi ‘Wathiqah Madinah (piagam Madinah) antara kaum Muslimin dengan orang kafir dan Yahudi Madinah.

624M
Peperangan Badar: Islam dan kaum muslimin menang, 313 kaum muslimin berhadapan dengan 1000 kaum kafir. Peperangan yang paling penting dalam sejarah Islam.

625M
Peperangan Uhud: pihak kaum muslimin kalah. Sebahagian dari tentera Islam mengengkari salah satu dari perintah Rasulullah dan meninggalkan posisi penting dimedan perang. Rasulullah sendiri tercedera.

627M
Peperangan Khandak(al Ahzab): Islam telah menang. Selepas peperangan ini pihak Quraisy tidak mampu untuk melancarkan serangan terhadap orang Islam.

628M
1. Peperangan Bani Quraidah: Islam telah menang
2. Perjanjian Hudaybiyah: Perjanjian damai dengan tempoh masa 10 tahun yang dimeteri oleh kaum muslimin dengan Quraisy. Langkah bijak politik Rasulullah.
3. Titik perubahan dalam sirah
4. Peperangan Khaibar: Islam telah menang

629M
Peperangan Mu’tah: perang antara Islam dengan Rom yang pertama.

630M
1. Pembebasan Mekkah:selepas pihak quraisy melanggar perjanjian damai Hudaybiyah.
2. Peperangan Hunain: Islam telah menang
3. Peperangan Ta’if: Islam Menang
4. Pepreangan Tabuk: Rom berundur.

631M
1. Tahun Deligasi
2. Suku arab yang lain di Semenjung Arab memberikan baiah mereka kepada Rasulullah

632M
1. Haji perpisahan:100,000 kaum muslimin menghadirnya.
2. Rasulullah mempersiapkan bala tentera Usamah bin Zaid untuk menyerang Rom.
3. Rasulullah SAW wafat.

632-661M / 11-13H
Khalifah Abu Bakar As Siddiq

632M
1. Para sahabat melantik Abu Bakar sebagai Khalifah.
2. Meneruskan misi Usamah bin Zaid.
3. Abu Bakar memerangi golongan murtad dan suku Arab yang enggan membayar zakat.

633M
1. Peperangan Yamamah: Islam berjaya membebaskan selatan Syria.
2. Penaklukan Al-Hirah di Iraq.
3. Pengumpulan Al Quran, Al Quran dibukukan yang diketuai oleh Zaid bin Thabit.

634M / 13H
1. Peperangan Ajnadin di Palestin.
2. Abu Bakar meninggal dunia.

634-644M / 13-23H
Khalifah Umar bin Al Khattab.

636M
1. Barah dan Ba’labak dibebaskan.
2. Damsyik dan Hims dibebaskan.

637M
1. Syria dan Jordan dibebaskan
2. Peperangan Yakmuk yang dipimpin oleh Khalid bin Al Walid.
3. Bandar Al Kufah dibina.
638M
1. Iraq dibebaskan
2. Peperangan Al Qadissiyah
3. Jerusalam dibebaskan secara aman
4. Peperangan Jalula: Parsi dikalahkan
5. Banyak lagi kota-kota Syria dibebaskan.

639M
1. Penyusunan kalendar Hijrah.
2. Para sahabat mengesyorkan permulaannya didasarkan kepada peristiwa yang paling penting dalam sejarah Islam, iaitu penghijrahan Rasulullah dari Madinah untuk mendirikan Negara Islam.

640M
Kawasan di Iraq dan Syria yang masih tinggal dibebaskan.

641M
Qaysariyyah dibebaskan.

642M
1. Mesir dibebaskan.
2. Kaum Yahudi berpindah dari negara Arab ke Syria.

643M
1. Empayar Parsi runtuh dan Iran dibebaskan
2. Peperangan Nahawand.

644M / 23H
1. Tripoli (libya) dibebaskan
2. Azerbajian dibebaskan
3. Hamazan dibebaskan
4. Asfahan dibebaskan
5. Umar dibunuh oleh seorang Majusi.

644-656M / 23-35H
Khalifah Uthman bin Affan.

648M
1. Syapur dibebaskan
2. Tripolitania dibebaskan

652M
Khurasan dan Naisapur dibebaskan.

653M / 35H
Uthman dibunuh di Madinah.

656-661M
Khalifah Ali bin Abi Talib.

658M
Peperangan Jamal: Peperangan antara Khalifah Ali dengan penentangnya.

659M
Peperangan Siffin, perang antara Khalifah dengan Muawiyah.

660M
Peperangan Nahrawan:peperangan untuk menentang golongan Khawarij.

661M / 40 H
Ali dibunuh di Kufah

661 M
Al Hasan bin Ali, dilantik sebagai Khalifah dan mengundur diri selepas enam bulan.

661-750M / 41-132H
Al Khulafa Al Umawiyyun.

661-680 M / 41-60H
Khalifah Mu’awiyah bin Abi Sufyan.

661 M
Mu’awiyah menjadi khalifah selepas Al Hasan memberikan Baiahnya.

663 M
Burqaha (Libya) dan Kuwar (Sudan) dibebaskan.

663-671M
Kebanyakan negeri di Asia ditakluki.

680-683 M
Khalifah Yazid bin Mu’awiyah

683-683 M
Khalifah Mu’awiyah bin Yazid

683-692 M / 64-73 H
Abdullah bin Zubayr menjadi khalifah. Dia dibunuh oleh golongan Umawiyyah juga.

683-692 M
Khalifah Marwan bin Hakim

691 M / 72 H
Kubah Batu (Dome of the rock) dibina di Jerusalam

692-705 M
Khalifah Abd. Malik bin Marwan

696-705 M
Banyak bandar Rom dibebaskan

698-703 M
Keseluruhan utara Afrika dibebaskan

705 M
Turkistan dibebaskan

705-715 M
Khalifah Al Walid bin Abd Malik

706 M
1. Perluasan Masjid Nabawi
2. Pembebasan Bukhara dan tempat lain.

711 M
Andalusia dan sebahagian Perancis dibebaskan

712 M
1. Sind dan Punjab (India) dibebaskan
2. Khawarizm dan Samarqand dibebaskan.

713 M
Kabul (Afghanistan) dibebaskan

715 M
Tus dibebaskan

715-717 M
Khalifah Sulaiman bin Abd. Malik
1. Imam Zayd bin Ali (700-742 M)
2. Imam Abu Hanifah (700-768 M)
3. Imam Ja’afar (700- 768 M)
4. Ibn Ishaq (708-774 M)
5. Imam Malik (713-797 M)

717-720 M
1. Khalifah Umar bin Abd Aziz.
2. Kemiskinan sifar di negara Islam.

720-724 M
Khalifah Yazid bin Abd Malik

732 M
Pertempuran Balat As Syuhada di tengah Perancis. Islam dikalahkan

743-744 M
Khalifah Al Walid bin Abd Malik

744-744 M
Yazid bin Al Walid

744-744M
1. Khalifah Ibrahim bin Al Walid.
2. Penerjemahan buku-buku Hellenistic (falsafah Yunani) ke bahasa Arab. Ini mengakibatkan lahirnya golongan Mutakalimin, seperti Mu’tazilah, Jabariyyah, Ahlusunnah dan lain-lain.

744-750 M
Khalifah Marwan bin Muhammad.

755 M
Abd Rahman Ad Dakhil memulakan pemerintahan di Andalusia.

750- 1517 M / 132-923 H
Al Khulafa Al Abbasiyyah

750-754 M
Khalifah Abu Al Abbas As Saffah, memerintah dari Kufah

754-775 M
Khalifah Jaafar Al Mansur

756-766 M
Pembinaan Kota Baghdad

755-785 M
Khalifah Al Mahdi
1)Imam Syafie (767-820 M)

785-786 M
Khalifah Hadi

786-809 M
1. Khalifah Harun Ar Rashid
2. Penaklukan banyak kawasan Rom.
1) Imam Ahmad bin Hanbal (781-856 M)
2) Imam Muslim (meninggal 833M)

809-813 M
Khalifah Al Amin

813-833 M
Khalifah Al Ma’mun
1)Imam Bukhari (816-878 M)

833-842 M
Khalifah Mu’tasim Bi-llah

837 M
1. Khalifah menyahut seruan seorang perempuan Islam yang meminta pertolongan kerana ditawan oleh Rom dan menyelamatkannya.
2. Ammuriyah dibuka 30,000 Rom terbunuh dan 30,000 ditawan.
1) Abu Dawud (824-897 M)

842-847 M
Khalifah Al Mutawakkil Ala-llah
1) An Nasa’I (837-925 M)

861-862 M
Khalifah Al Mutazz Bi-llah

870-892 M
1. Khalifah Al Mutamid Ala-llah
2. Di abad ke-4 hijrah, seruan menutup pintu ijtihad telah terdengar, selepas al Qaffal mengeluarkan fatwa mengharamkan ijtihad. Bagaimanapun, secara rambang masih terdapat ramai mujtahid dalam Negara Islam.
1) Imam At Tirmidhi (meninggal 918M)

892-902 M
Khalifah Al Mu’tadid Bi-llah

899 M /264 H
Kemunculan golongan Qaramira, yang dihancurkan pada 458H
1) Imam At Tabrani (meninggal 932 M)

902-908 M
Khalifah Al Muqtadir Bi-llah

913 M / 301 H
Al Hamra Qars (Istana Al Hambra) dibina di Sevile, Andaslusia.

930 M /317 H
Qaramita menyerang Makkah ketika musim haji dan melarikan Hajar Aswad.

933-934 M
Khalifah Al Qadir Bi-llah

934-940 M
Khalifah Al Muttaqi Bi-llah

944-945 M
Khalifah Al Muti’ Li-llah

947 M/ 336 H
Sayad Dawlah mendirikan pemerintahan Hamadiyin di Allepo.

969 M
Kota Kaherah dibina.

970 M-972 M
1. Al Mu’iz membina Universiti Al Azhar untuk menyebarkan fahaman Fatimiyah.
2. Salahuddin Al Ayubbi kemudian membersihkan Al Azhar dari fahaman tersebut.

974 M- 991 M
Khalifah At- Ta’I Li-llah

987 M /377 H
Masjid agung Cordova dibina.

996- 1031 M
Khalifah Al Qadir Bi-llah

996M-1021 M
Al Hakim Bi-Amri memerintah Mesir
1)Imam bin Hazm (994-1064 M)

1031 M- 1074 M
Khalifah Al Qa’im Bi Amri-llah

1037 M / 429 H
Kaum Saljuk diketuai oleh Tughril menakluki Khurasan

1046 M /489 H
Pope Urban II memulakan perang salib pertama.

1060 M
Kepulauan Sicily dibebaskan

1070 M
Alb Arsalan dikalahkan oleh Rom. Rajanya ditawan dan dibebaskan setelah membayar tebusan

1074 M-1094 M
Khalifah Al Muqtadi Bi-Amri-llah

1090 M / 483 H
Permulaan kumpulan Al Batiniyyah, dihapuskan pada 1256M

1094-1118 M
Khalifah Al Mustazhir Bi-llah

1099 M
1. Kumpulan al Batiniyyah muncul di Affahan.
2. Kaum salib menguasai Jerusalam dengan pertolongan Fatimiyyah.

1107-1108 M
Kaum Salib menakluki sebahagian Tripoli(Syria)

1109 M
Yusof bin Tasfin Al Babar mengalahkan kaum Salib di Andaslusia
1) Imam Sarkasyi (meninggal 1112M)

1118-1135 M
Khalifah Al Mustarsyid Bi-llah

1135-1136 M
Khalifah Ar Rashid Bi-llah

1136-1160 M
Khalifah AL Muqtafi Li Amri-llah

1148 M
Khayr Ad Din Zinki mengalahkan kaum Salib berhampiran Damsyik.

1160-1170 M
Khalifah Al Mustajid Bi-llah

1169-1179 M
Khalifah Al Mustadhi Bi-Amri-llah

1171 M
Salahuddin Al Ayyubi membina tembok bandar Kaherah
1) Ibn Asakir (meninggal 1193M)

1179-1225 M
Khalifah An Nasir Li Dini-llah

1187 M
Salahuddin Al Ayyubi mengalahkan kaum Salib di Hittin (Palestin), Al Quds (Jerusalam) dan Syria dibebaskan.

1193 M
Salahuddin Al-Ayyubi meninggal dunia
1) Ibn Rusyd (meninggal 1217 M)

1219 M
Kaum Salib menawan Dumiat (di Mesir)

1220 M
Genghis Khan (Tatar) menawan Turkistan, Bukhara, Samarqand dan Khurasan.

1221 M
Al Malik Al Kamil membebaskan Dumiat.

1225-1226 M
Khalifah Az Zahir bi-Amri-llah
1) Imam Ar-Razi (meninggal 1228M)

1226-1242 M
Khalifah Al Mustansir Bi-llah

1229 M/ 626 H
Kaum salib menawan Jerusalam buat kali kedua
1) Ibn Qudamah (meninggal 1242 M)

1242-1258 M
Khalifah Al Mutasim Bi-llah

1244 M/ 642 H
Jerusalam dibebaskan kembali.

1249 M / 647 H
Kaum salib melancarkan serangan kali ketujuh dan terakhir, diketuai oleh Louis 7 dan ianya gagal.

1256 M
Kekalahan mutlak kaum al Batiniyah ditangan Tatar.

1258 M
1. Hulaku menawan Baghdad dan membunuh khalifah. Kaum Tatar membunuh 1.6 juta orang Islam. Dua pengkhinat iaitu Ibn Al Alqami dan Nasiruddin at Tusi membantu kaum tatar.
2. Titik ke arah perubahan yang lebih parah terhadap intelektual Umat Islam yang memang telah merosot.
3. Ketiadaan khalifah selama 3.5 tahun.
4. Al Malik Al Muzaffar Qutuz (dari Mesir) mengalahkan kaum Tatar di Ayn Jalut (palestine)
1) Imam An Nawawi (1223-1277M)

1261-1262 M
Al Mustansir Bi-llah, khalifah terakhir di Baghdad.

1262-1301 M
Khalifah Al Hakim Bi-Amri-llah 1

1262 M
Kebanyakan kumpulan kaum Tatar memeluk Islam.

1265 M
1) Ibn Ahmar menawan kembali 32 bandar di Andaslusia.
2) Hulaku, raja Tatar meninggal dunia.

1281 M
1) Al Malik Al Mansur Qalawun(dari Mesir) mengalahkan kaum Tatar di Syria.
2) Sultan Qalawun membebaskan Syria dari kaum Salib selepas 150 tahun.

1293 M
Islam tersebar dikalangan tentera Tatar.

1299-1326 M
Uthman 1, Sultan Uthmaniyyah yang pertama. Dia berperang melawan Rom.
1) Ibn Taymiyyah (1263-1328M)

1301-1329 M
Qurkhan 1, sSultan Uthmaniyyah yang kedua. Dia menakluki Asia kecil (Turki)
1) Ibn Katsir (meninggal 1373 M)
2) Ibn Qayyim Al Jauziyyah (meninggal 1350 M)

1339-1341 M
Khalifah al Wathiq Bi-llah II

1341-1352 M
Khalifah Al Hakim Bi-Amri-llah II

1352-1362 M
Murad I, Sultan Uthmaniah yang ketiga.

1352-1362 M
Khalifah Al Mu’tadhid Bi-llah pertama

1361 M
Murad membebaskan Adranah

1362-1377 M
Khalifah Al Mutawakkil Ala-llah (pengangkatan pertama)

1365-1405 M
Taimurlink (Monggol) memulakan peperangan terhadap kaum muslimin.

1377-1377 M
Khalifah Al Mu’tasim.

1377-1386 M
Khalifah Al Wathiq Bi-llah II

1389 M
Peperangan Kosovo,Murad mengalahkan Serbia (Yugoslavia)

1389-1401 M
Ba-Yazid I, Sultan Bani Uthmaniyah Ke-4

1393 M
1. Bulgaria dibebaskan oleh Ba-Yazid
2. Perancis dan German dikalahkan .Taimurlink menakluk Baghdad, pertama kali.

1401 M
1. Taimurlink menakluk Baghdad, kali kedua.
2. Taimurlink menakluk sebahagian Syria.

1402 M
1. Taimurlink menakluk Ankara, Ba-Yazid tertawan.
2. Ba-Yazid dibebaskan, banyak kawasan kaum muslimin dibebaskan semula.

1403-1421M
Khalifah Al Must’in Billah.

1421-1451 M
Murad II, sultan Uthmaniyah keenam.

1422-1428 M
Murad menakluk semula kawasan yang ditakluk oleh Taimurlink.
1)Ibn Hajar (meninggal 1474M)

1430-1441 M
Khalifah Al Mustadhid Bi-Llah II

1431 M
Albania ditakluk oleh Murad II

1441-1450 M
Khalifah AL Qa-im Bi-Amri-llah

1451-1481 M
Muhammad II, Sultan Uthmaniyah ketujuh.

1453 M/ 857 H
Constaninople (Istanbul) dibebaskan oleh Muhammad II, yang kemudian mendapat gelaran Al Fatih yang bererti Sang pembebas.

1458-1460 M
Serbia (Yugoslavia) dibebaskan.

1459-1479 M
Khalifah Al Mustanjid Bi-llah

1462 M
Bosnia (Yugoslavia) dibebaskan

1479-1497 M
Khalifah Al Mutawakil Ala’-llah II

1480 M
Sebahagian kepulauan Greek ditakluki oleh Muhammad Al Fatih

1481-1512 M
Ba-Zayid II, Sultan Uthmaniyyah kelapan

1492 M
Kejatuhan Granada dan Inquisisi Sepanyol pemerintah Islam sepanyol ditamatkan.

1497-1508 M
Khalifah Al Mustansik Bi-llah (pengangkatan pertama)

1508-1516 M
Khalifah Al Mutawakil Ala-llah III

1512-1520 M
Salem I, Sultan Uthmaniyyah kesembilan

1514 M
Tabriz (iran) ditakluk, Shah Ismail dikalahkan.

1516 M
Peperangan Marj Dabiq Syria ditakluki oleh Bani Uthmaniyah

1516-1517 M
Khalifah Al Mutawakil Ala-Bi-llah III

1517-1924 M/ 923-1349 H
Al Khulafah Al Uthmaniyyah

1517 -1520 M
Khalifah Salem I

1517 M
1. Al Mutawakil meletakkan jawatan khalifah untuk Salem I
2. Peperangan Al Ahram Mesir ditakluk oleh Uthmaniyah.

1520-1566 M
Khalifah Salem II

1521 M
1. Belgrade (Yugoslavia) ditakluk.
2. Gereja terbesar telah telah diubah menjadi masjid dimana Khalifah Sulaiman mendirikan sembahyang Jumaat.

1522 M
Rhodes ditakluki

1526 M
Buda(sebahagian Hungari) dibuka, Raja Louis telah terbunuh.

1527 M
Ausria menawan Buda.

1529 M
1. Buda ditakluk semula, Ausria berundur.
2. Vienna dikepung tanpa ditawan.

1532 M
Algeria dibebaskan oleh Uthmaniyah daripada Sepanyol.

1534 M
1. Tabriz ditakluki semula.
2. Uthmaniyah memerintah Baghdad.

1535 M
1. Tunisia dibebaskan oleh Uthmaniyah daripada Sepanyol.
2. Pulua Greek ditakluk.

1539 M
Perdamaian dengan Ausria yang bersetuju untuk membayar jizyah.

1541 M
Pest (sebahagian Hungari) ditakluki khalifah Islam. Raja Ausria berundur.

1543 M
Niche (selatan Perancis) dibebaskan

1549 M
Sulaiman meminta Ibrahim Al Halabi untuk menulis sebuah buku berkenaan perundangan Islam yang bertajuk Ultaqa al-Ablur. Kemudian dia mendapat gelaran Sulaiman Al Qanunni.

1560 M
Tentera laut Uthmaniyah mengalahkan Sepanyol di Jerba.

1565 M
Pulau Malta dikepung.

1566 M
Szegeh (Hungari) ditakluk

1566-1574 M
Khalifah Saleem II

1568 M
Ausria bersetuju untuk meneruskan pembayaran jizyah.

1571 M
1. Pulua Cyprus ditakluki.
2. Pope berusaha untuk mengabung Venice dan Sepanyol untuk menawan semula Cypus.

1572 M
Sepanyol menawan Tunisia

1573 M
1. Perdamaian dengan Venice.
2. Cyprus kembali semula kepangkuan Islam dan Venice terpaksa membayar denda ketentaraan.

1574-1595 M
Khalifah Murad III

1575 M
Polania memilih untuk tinggal dibawah perlindungan Khalifah Islam.

1577 M
Kargstan ditakluk.

1578 M
1. Portugis menyerang Maghrib.
2. Maghrib dibebaskan dari Portugal.

1583 M
Taghistan dibebaskan.

1590 M
Sharwan, Luristan dan Azerbaijan dibebaskan secara aman.

1595-1603 M
Khalifah Mehnet III

1596 M
Orlo (hungari) dibebaskan, Ausria kalah.

1603-1617 M
Khalifah Ahmad I

1617-1618 M
Khalifah Mustafa I

1618-1622 M
Khalifah Uthman II

1622 M
Golongan Inkishari (tentara khas) menjadi terlalu kuat dalam pengaruhnya dan mula mengubah khalifah mengikut kehendak mereka.

1622-1623 M
Khalifah Mustafa I

1623 M
Shah Abbas menawan Baghdad.

1625 M
1. Buat kali pertama kalinya mubaligh Kristian berada di Lebanon dan meracuni pemahaman umat Islam terhadap Islam.
2. Serangan mubaligh Kristian bermula.

1623-1640 M
Khalifah Murad IV

1635 M
Tabriz ditakluki semula oleh Khalifah.

1638 M
Baghdad ditakluk semula oleh khalifah.

1640-1648 M
Khalifah Ibrahim I

1645 M
Pulua Crete ditakluk semula.

1648-1687 M
Khalifah Mehmet IV

1663 M
Kota Neohazed (Ausria) ditakluk.

1672 M
1. Limburg ditakluk buat jangka yang singkat.
2. Polania dikalahkan dan bersetuju untuk membayar jizyah.

1683 M
Vienna dikepung untuk kali terakhir, kebanyakan kotanya berjaya dibuka tetapi Pope telah menyeru kepada negeri Eropah untuk membantu Ausria dan berakhirnya mereka berjaya mengalahkan kaum muslimin.

1686 M
Ausria, Polania, Vience, Malta, Rusia dan Pope telah membuat perjanjian suci dan berjaya merampas semula Budapest dan Neohazel.

1687-1691 M
Khalifah Sulaiman II

1688 M
1. Samandriah, Qlubaz dan Belgrade terlepas ketangan musuh.
2. Kaum muslimin hilang kawalan ke atas bandar Udine dan Niche di Eropah.

1690 M
Samadriah, Belgrade, Urdine dan Niche dirampas semula.

1691-1695 M
Khalifah Ahmad II

1695-1703 M
Khalifah Mustafa II

1711 M
Khalifah Mustafa mengepong Tzar Russia tetapi panglima tentara melakukan pengkhinatan kerana wang dan membebaskan Tzar dengan satu perjanjian.

1730-1754 M
Khalifah Mahmud II

1737 M
Russia dan Ausria dikalahkan oleh Islam

1739 M
Perjanjian Belgrade dengan Rusia dan Ausria, Belgrade dan banyak kawasan lain diserahkan kepada negara Islam.

1754-1757 M
Khalifah Uthman III

1757-1773 M
Khalifah Mustafa III

1771 M
Armada laut Rusia ditumpaskan oleh armada laut Islam

1773-1789 M
Khalifah Abd Al Hamid I

1774 M
Rusia mengalahkan kaum muslimin, perjanjian damai telah ditandatangani.

1784-1787 M
Rusia dan Ausria merampas banyak kawasan dari tangan Islam.

1789
1. Ausria menawan Belgrade dan Serbia.
2. Rusia menawan banyak bandar

1798-1799 M
Napoleon Bonaparte menawan Mesir dan membawa masuk
kebudayaan Perancis.

1801 M
1. Napoleon ditundukkan di Akka(palestin)
2. Napoleon tumpas di Iskandariah dalam peperangan Laut Abu Qir.
3. Perjanjian damai dengan Perancis.

1804 M
Tentara Rasmi Uthmaniyah dibentuk, disamping pasukan Inkishari.

1806 M
Rusia dan Britain menyerang negara Islam.

1807 M
1. Britain tumpas setelah mengepung Bosporus.
2. Muhammad Ali mengalahkan Britain di Rashid. Britain berundur dari Mesir secara keseluruhan.
3. Perjanjian damai diantara Perancis dan Rusia untuk berhadapan dengan Negara Islam.

1817 M
Serbia keluar dari negara Islam.

1826 M
1. Kegagalan Revolusi Greek.
2. Athen ditakluki
3. Pasukan Inkishari dibubarkan, hanya tentera rasmi mengantinya.

1828 M
1. Negara Eropah membantu Greek untuk memisahkan diri dari Negara Islam.
2. Rusia menyerahkan semula banyak kawasan Islam setelah menandatangani satu perjanjian damai.

1830 M
1. Perancis menawan Al geria.
2. Khalifah mula mengambil perundangan Eropah.

1867 M
Serbia bebas dari pengaruh negara Islam. Tentra Islam meninggalkan Servia secara keseluruhan.

1869-1879 M
Terusan Suez dibina oleh Perancis.

1876 M
1. Revolusi Bulgaria tercetus dengan bantuan Rusia tetapi gagal.
2. Servia menyerang tentera Islam dengan bantuan Rusia. Islam mengalahkan mereka dan merampas Bulgaria dan keseluruhan Servia.

1877 M
1. Rusia dan Romania dikalahkan selepas mereka menyerang orang Islam.
2. Rusia dan Hungari menawan Pleven (utara Bulgaria)
3. Rusia dikalahkan dan Kaisar dibebaskan, Rusia telah tumpas sebanyak enam kali.

1878 M
1. Rusia menawan Sofia, Pleven dan Edrine (turki)
2. Perjanjian damai dengan Rusia.
3. Bulgaria dan Servia mencapai kemerdekaan.
4. Edrine dan lain-lain kawasan orang Islam kembali semula ketangan orang Islam.
5. Britain merampas Cypus.
6. Perjanjian Berlin, pihak Eropah mula membahagikan tanahair Orang Islam.

1909-1918 M
1. Khalifah Mehmet V
2. Khilafah dibawah pengawalan parti Nasionalis Turki.

1911 M
Umat Islam Libya bangun menentang Itali di Tripoli.

1912 M
Peperangan Balkan melawan Greek, Bulgaria dan servia. Pihak musuh berjaya merampas keseluruhan kawasan Islam di Balkan.

1913 M
Pergerakaan Sanusiyah bermula di Libya untuk menentang penjajahan Itali.

1914-1918 M
1. Peperangan Dunia Pertama : Kaum muslimin kalah dalam peperangan tersebut dan negara Islam semakin kecil.
2. Britain merampas Palestin dan Trans-Jordan.

1916 M
1. As Syarif Husain di Makkah mengkhianati Khalifah dan bersekongkal dengan Perancis dan Britain untuk menentang Khalifah.
2. Persetujuan Sykes-picot oleh kuasa Eropah untuk menguasai tanah air kaum muslimin.

1917 M
Balfour, Perdana menteri Britain, berjanji akan memberikan orang Yahudi sebuah tanah air di Palestin

1918-1922 M
Khalifah Mehmet VI

1920 M
1. Mustafa Kamal (pengkhianat) mengetuai pemerintah di Turki.
2. Negara Islam dibahagi-bahagikan diantara pihak Bersekutu yang menubuhkan pemerintah Nationalisme Arab dan Turki di semua kawasan yang ditakluki, kebanyakan negeri Umat Islam menjadi koloni. Barat.

1922-1924 M
Khalifah Abd Majid II

1922M
Kekuasan khilafah dimansuhkan. Abd Majid II tidak ada kuasa lagi

1923
M Mustafa Kamal mengistiharkan penubuhan Republik Turki dan mengharamkan seruan azan dalam bahasa Arab.

1924 M
1. Ketiadaan Khilafah.
2. Khilafah dimansuhkan secara multak oleh mustafa kamal dengan bantuan penjajah barat, Maka, berakhirnya Negara Islam yang berusia 1,300 tahun.
3. Runtuhnya khilafah.


Read More......

Betapa Agungnya Tuhan...

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.

Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.

Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.

Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.

Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja?
(Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah). "

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. "

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.

Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.

Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. "

" Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!

Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

Wallahualam...


Read More......

Dakwah & Tarbiyyah Siri 3

Read More......

Dakwah & Tarbiyyah Siri 2

Read More......

Dakwah & Tarbiyyah Siri 1

Read More......

Cinta Kita..

Remaja dan cinta merupakan dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa
cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak
payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah
sebaliknya.Walaupun ia kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa 'ajaib'
itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan
menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang,
tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi
Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti
Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu
akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama yang
dicintai.

Rasa Cinta Tidak Salah Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah
kurniakan ke! pada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia
memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah
fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan
atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa tanpa peraturan akan menyebabkan banyak k! emusnahan. Begitulah hubungan cinta yang rlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali - kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang
berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang
dihiasai pelbagai dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan
asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari cinta
terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa d! an perasaan. Pada ketika
ltulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala
hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapayang dicintainya. Ketika
itu hati tidak nampak yang lain kecuali yang dicintai. Lupalah diri
pada Pencipta cinta keran terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya.
Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah
hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Pohon Cinta Terlarang

Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hukum-Nya
dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.
Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara
lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua - duaan di tempat
sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu
syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak yang berlaku.
Semuanya seolah - olah halal hanya kera! na cinta. Racun - racun berbisa yang
memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta R>terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang
muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikan - bohsia, bohjan ,
buang bayi, dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda - tanda dan lampu isyarat di atas jalan
raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pegerakkannya
perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah
perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi
kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan - peraturan
dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan cinta Allah.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan
keredhaan Allah. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan
dengan fitrah itu boleh mendekatkan diri kita kepadaNya. Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencai Allah.
Sehubunagn dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah
diniatkan untukAllah.

Tetapi bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu,
usah lah bercinta sekadar untuk bersuka - suka . Lebih buruk lagi
janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samaada didorong oleh
hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin
cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta
terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya
- cinta monyet!

Putus Cinta

Hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum
Allah yang dilarang antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak ada
pendedahan aurat , tidak ada pengabaian perkara asas, seperti
meninggalkan sem! bahyang, puasa dan lain - lain. Hubungan cinta jangan sampai
terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan . Maka, remaja
seharusnya tidak mengeluh, "cinta a namanya ini, jika tidak ada dating,
perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan
senyman?"

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus
cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja
adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini. Jesteru
banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak
putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah maha Mengetahui dan Maha
Menyayangi . Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap
hamba-hambaNa. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu
pasti membawa ke gerbang perkahwinan.

Wallahu'alam...


Read More......

Munafikkah Kita??

Munafik merupakan satu kalimah yang tidak asing untuk disebut dan didengar kita saban hari dan masa tetapi hakikat yang sebenar tentangnya kadang-kadang masih samar dalam pemikiran kita. Tidak dapat dinafikan bahawa sifat-sifat yang menjadi pegangan golongan munafik kadang-kadang dihidapi oleh kita samada dalam keadaan sedar atau pun tidak seperti suka menipu, melanggar janji dan mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu kita. Dalam memastikan diri kita tidak terjerumus dalam lembah munafik maka wajar kita renungi beberapa ciri-ciri golongan munafik sebagaimana diberitahu oleh Allah dalam al-Quran dan juga rasulNya ke arah menghindarkan diri kita daripada bersifat dengan sifat itu yang boleh membahayakan aqidah dan diri kita terutama pada hari akhirat nanti. Mengetahui perkara buruk bukan beerti kita mahu menirunya tetapi bertujuan untuk menghindarinya sedaya yang mungkin sebagaimana ungkapan imam al-Ghazali : Sesungguhnya mengetahui perkara negatif itu bukan untuk mengikutinya sebagai teladan tetapi bertujuan untuk menghindarinya dan dijadikan sempadan.

Munafik ialah orang-orang yang berpura-pura keimanannya di mana pada zahirnya nampak beriman dengan lidahnya mengakui keesaan Allah dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w sedangkan pada hakikat batinnya yang sebenar penuh dengan kekufuran dan kesesatan. Mereka menentang kebenaran dengan kebatilan, menjual petunjuk membeli kesatan, memilih kufur menolak iman, memperjuangkan bid'ah ganti daripada sunnah dan memilih azab daripada nikmat. Munafik terbahagi kepada 2 iaitu :

1. Munafik iktiqad iaiatu pegangan terhadap pokok persoalan iman bersikap dan bersifat nifaq atau penipuan maka golongan ini kekal dalam neraka, sekiranya mati tanpa bertaubat kepada Allah dan memperbetulkan semula iktiqadnya.

2. Munafiq amali iaitu amalan-amalan dalam ibadatnya bersifat nifaq atau penipuan seperti beramal kerana seseorang atau sesuatu selain Allah. Golongan ini melakukan dosa yang memerlukan agar bertaubat kepada Allah. Mereka akan dimasukkan ke syurga sesudah diazabkan dalam neraka.
Antara ciri-ciri munafiq

1. Berpenyakit hati
Maksud firman Allah dalam ayat 10 surah al-Baqarah yang bermaksud : Dalam hati mereka ada penyakit. Maka Allah tambahkan lagi penyakit itu, kepada mereka dan mereka akan mendapat seksa yang pedih dengan sebab mereka berdusta terhadap kebenaran.
Antara penyakit hati yang disebutkan dalam ayat itu ialah sebagaimana berikut :

a. Kebodohan diri sendiri di mana golongan munafik terlalu yakin bahawa segala kerja jahat mereka tidak akan diketahui dan disedari oleh orang mukmin sedangkan mereka lupa bahawa Allah mengetahui segala-galanya.

b. Tidak berpendirian di mana mereka sentiasa merasa cemas dan bimbang kepada suasana sekitar yang mana tetap akan kembali kepada Islam dengan pertolongan Allah dan akan terhapusnya kebatilan. Mereka sentiasa mencari jalan penghalang agar kebenaran dapat dikaburkan dan dipandang serong.

c. Menentang kebenaran iaitu dengan menghalang dan mengfitnah orang yang benar-benar berjuang di jalan Allah agar segala kejahatan dan penipuan mereka selama ini dengan menjual dan mencipta Islam palsu tidak terbongkar dan disedari oleh orang ramai.Benarlah firman Allah dalam ayat 64-65 surah at-Taubah yang bermaksud : Orang-orang munafik itu takut jika diturunkan kepada mereka satu surah yang memberitahu apa yang (tersembunyi) di hati mereka. Katakanlah kepada orang-orang munafik itu : "Ejeklah lagi! sesungguhnya Allah akan melahirkan apa yang kamu takutkan itu". Dan jika engkau tanyakan kepada mereka tentu mereka akan menjawab: " Kami hanya bercakap-cakap dan bermain-main sahaja". Katakanlah :" Adakah Allah dan keterangan- keteranganNya serta rasulNya mahu kamu perolok-olokkan?.."

d. Berperasaan syak terhadap agama
Firman Allah dalam ayat 125 surah at-Taubah yang bermaksud : Dan adapun orang-orang yang berpenyakit dalam hati mereka, (hanyalah) menambah kekotoran bersama kekotoran mereka (yang sedia ada) dan mereka mati dalam keadaan kufur.

Mereka sentiasa berperasaan syak terhadap kemampuan sistem Islam dalam menjamin kemajuan dan keadilan sepanjang zaman, syak tentang keamanan dan kestabilan jika pelaksaan hukum Islam dijalankan.

2. Melakukan kebinasaan di muka bumi
Firman Allah dalam ayat 11-12 surah al-Baqarah yang bermaksud : Dan apabila dikatakan kepada mereka itu, janganlah kamu membuat kebinasaan (kemungkaran) di muka bumi mereka menjawab : "Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebajikan (untuk kepentingan manusia). Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka ialah sebenar-benar orang membuat kebinasaan (kemungkaran) tetapi mereka tidak menyedarinya.

Golongan ini sentiasa merancang dan berusaha ke arah menjauhkan umat manusia daripada Islam yang menjamin keamanan sejagat melalui media massa, mendapat bantuan daripada kuffar termasuk yahudi dalam menghadapi kebangkitan gerakan Islam dan menggadaikan agama dengan menghinanya sehingga menakutkan orang belum Islam sehingga wujudnya suasana yang tegang dan takut kepada Islam. Mereka lebih gembira melihat keadaan yang penuh kekeliruan dan kekecohan daripada melihat bangkitnya Islam dengan kebenarannya.

3. Menuduh orang mukmin dengan bodoh dan tolol
Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Baqarah yang bermaksud : Dan tatkala dikatakan kepada mereka, berimanlah kamu sebagaimana orang ramai beriman. Jawab mereka : " Adakah patut kami beriman sebagaimana telah beriman orang-orang bodoh dan tolol itu?". Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang-orang yang benar-benar bodoh dan tolol tetapi mereka tidak mengetahuinya.

Mereka sanggup menghina ulama' yang lebih arif tentang Islam dan sanggup hina nabi s.a.w dan Islam itu sendiri kerana merasai bahawa mereka lebih cerdik dan pakar dalam bab agama dan keduniaan. Mereka berusaha menjadikan para mufti, qadhi dan ulama' sebagai orang yang patuh dan taat pada kejahilan mereka demi menjaga pangkat dan kedudukan mereka. Agama hanya digunakan untuk menangkis dan menyembunyikan penipuan mereka terhadap Islam. Mereka lebih rela meminta nasihat daripada orang kafir dan anti-hadis daripada menerima teguran daripada ulama' akhirat.
4. Kuat permusuhan dan bongkak dengan dosa
Firman Allah dalam ayat 204-206 surah al-Baqarah yang bermaksud : Dan diantara manusia itu, ada setengahnya yang menyebabkan engkau tertarik hati kepada percakapan mereka (yang lunak dan menarik) semasa hidup di dunia. Dan dia bersumpah (dengan nama Allah bahawa segala yang dikatakan itu adalah benar) kepada Allah akan apa yang di dalam hatinya sedangkan dia sebenarnya orang yang paling kuat permusuhannya terhadapmu. Dan apabila ia berpaling (apabila mendapat hajatnya) berusahalah dia di muka bumi Allah untuk melakukan kerosakan dan kebinasaan, dirosakkannya tanaman dan ternakan dan Allah tidak menyukai kerosakan dan kebinasaan itu. Dan apabila dikatakan kepadanya : " Bertaqwalah kepada Allah". Maka timbullah kesombongannya dengan meneruskan melakukan dosa. Maka cukuplah neraka jahannam sebagai balasannya dan demi sesungguhnya neraka jahannam itu seburuk-buruk tempat balasan.

Ayat ini menunjukan bagaimana buruknya perangai orang munafik dan petahnya mereka bercakap sehingga ramai orang beriman tertarik dengan tutur katanya yang lembut, ucapan yang menarik dan penuh hujah aqli yang mengelirukan malah mereka sanggup bersumpah bagi menyatakan ketulusun hati mereka sedangkan mereka berniat jahat dan melakukan semua itu untuk memperolehi sesuatu yang diidamkan. Mereka sanggup mencipta Islam dan meletakkan mereka yang mampu memutar belit tentang Islam sebagai perisai sehingga mengelirukan rakyat untuk mendapatkan sokongan. Setelah mereka mendapat sokongan hasil propaganda yang menggadai prinsip Islam yang sebenar maka mereka menggunakan kuasa yang telah diperolehi itu untuk mengaut kekayaan negara untuk mereka dan kroni mereka dan juga menyekat kemaraan gerakan Islam dengan meng'gam' ulama', membuang imam yang tidak menyokong kezaliman dan kesesatan mereka, mengawal peranan masjid yang sebenar dan sebagainya.

Inilah antara ciri-ciri munafik yang jelas berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Peranan kita ialah berusaha menghindarinya daripada diri kita, keluarga dan masyarakat setempat seterusnya negara dengan berusaha memberi penjelasan yang sebaik mungkin agar umat Islam tidak tertipu buat sekian kalinya. Sesugguhnya seorang mukmin itu tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali.

Read More......

"TOLONG INGATKAN SAYA"

tolong ingatkan saya
andai aku terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

tolong ingatkan saya
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan

tolong ingatkan saya
dengarlah dan bacalah al-quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

tolong ingatkan saya
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

tolong ingatkan saya
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya Dialah tumpuan
Read More......

Are You Ready....??

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak petok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia




Read More......

Terfikirkah Kita??

Pernahkah kita terfikir, setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah s.w.t.? Persoalan ini kita utarakan, mudah-mudahan dapat menambahkan kefahaman kita mengenai ibadah solat yang kita dirikan selama ini.

Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan, barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda.

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." (Al-Ankabut: 45)

Sememangnya segala rukun di dalam solat, baik rukun yang melibatkan hati (qalbi), lisan (qauli) mahupun perbuatan (fi’li) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah Taala.

Namun begitu, amalan atau rukun yang paling disukai Allah ialah rukun sujud. Dikatakan juga bahawa waktu sujud itu adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Kenapa rukun sujud itu sangat utama dan paling disukai Allah?

Cuba kita perhatikan bagaimanakah keadaan kita ketika bersujud itu. Tidakkah pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan ‘rasa menghina dirinya’ seseorang hamba itu di depan Tuhannya.

Dia berada di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa "Ya Allah, hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan meminta pertolongan".

Seorang Sahabat Nabi s.a.w., iaitu Huzaifah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah, daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)." (Riwayat Imam Tabrani di dalam Ausath).

Orang yang tidak mahu, tidak suka, enggan ataupun malas bersujud kepada Allah sudah dapat digambarkan tahap kesombongan, keangkuhan dan keegoannya. Sinonimnya orang yang ego untuk sujud kepada Allah, adalah orang yang juga ego dan sombong kepada sesama manusia. Tidak begitu?

Untuk sujud, meratakan dahi (muka) setaraf bumi dirasakan terlalu leceh, kolot dan membuang masa. Kalau ia bersujud pun, sujudnya tidak sempurna ibarat patukan ayam sahaja - hendak cepat selesai.

Apalagi kalau yang bersujud sama di sebelahnya ketika itu adalah seorang fakir miskin. Hatinya rasa mendongkol dan bibirnya menjuih ke depan penuh penghinaan.

Inilah manusia-manusia angkuh. Manusia-manusia yang ingin memakai "selendang" Allah, sedangkan selendang sombong (kibriyak) itu hanya layak untuk Allah s.w.t. sahaja

Role model kepada manusia-manusia angkuh itu tak lain tak bukan adalah Iblis laknatullah sendiri. Dalam al-Quran, surah al-Baqarah, Allah telah merakamkan betapa angkuh dan bongkaknya Azazil ini untuk sujud kepada Nabi Adam a.s., sebagai satu perintah dari Yang Maha Berkuasa.

Sementara itu, di kalangan manusia, masih ramai lagi bilangan yang tidak mendirikan solat lima waktu. Tidak bersolat maknanya tidak bersujud dan tidak tunduk kepada Allah. Justeru, orang yang tidak mendirikan solat sebenarnya adalah orang yang sombong terhadap Allah.

Sedangkan setiap orang daripada kita, tidak kira siang atau malam, pagi atau petang, menghidup udara Allah, meratah dan memburu rezeki-Nya di segenap penjuru dunia, juga menghidu setiap kuntum nikmat-Nya. Hamba jenis apakah kita ini jika masih tidak mahu tunduk dan sujud kepada Tuhan pemberi nikmat?

Firman Allah, bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami) mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombingkan diri." (As-Sajadah: 15)

Di dalam perlakuan sujud itu, ada simbolik dan hikmah yang harus kita fahami dan hayati. Iaitu bersama tertancap dan ratanya tujuh anggota badan kita dengan bumi.

Pergerakan yang sepenuh jiwa, sepenuh rasa hina dan mengharap kepada Allah s.w.t. Simbolnya ialah penyerahan total seorang hamba terhadap Penciptanya dalam menerima serta mematuhi segala perintah dan larangan dari-Nya.

Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud, tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat "jauh api dari panggang". Dalam erti kata yang lain kita tidak tunduk, tidak taat dan tidak menyerah secara total kepada peraturan dan sistem Allah yang maha sempurna.

Sujud sebegini adalah sujud yang tidak luhur, tidak tulus kepada Allah s.w.t. Sujud yang tiada penghayatan (roh), dan tidak akan membentuk diri empunyanya.

Marilah kita sama-sama membina sujud yang berkualiti. Sujud akan memberi makna dan kepuasan maksimum bilamana hamba-hamba Allah ini sujud di hadapan-Nya dalam keadaan menghina diri, memohon keredhaan-Nya.

‘Ubadah bin Somit r.a. telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Tiadalah seorang hamba yang sujud kepada Allah dengan sekali sujud, melainkan Allah menuliskan bagi hamba-Nya itu satu kebaikan, menghapuskan baginya satu kejahatan dan mengangkatkan baginya satu darjat."
Read More......

Lawanlah Nafsu Anda..

Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang
penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid.
Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat.
Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan
penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah
S.A.W berkata, "Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu
yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah
halal."

Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai,
pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih
ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi
tadi amat terkesan di hatinya.

Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda
dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia
berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang
dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu
terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang
selera. Ketika dia sedang memulakan suapannya
tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W
siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan.

Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menumpai
perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak
mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata
Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya.
Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar.
Didapatinya janda mu'minah itu sedang terbaring tidur
dengan lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang
cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud
untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia
teringat kembali kata-kata Rasulullah S.A.W tadi.
Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia
akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah
halal.

Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat
jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan
hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya.

Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan
solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan
bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah solat,
beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung
kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan
menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu
dilakukan.

Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke
masjid dan menceritakan kepada Rasulullah S.A.W
kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang
yang hilang namun beliau khuatirkalau-kalau pencuri
itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi
malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah
S.A.W aga r sudilah mencarikan seorang yang sanggup
menjaga rumahnya. "Kenapa kau hidup sendirian?" tanya
Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab bahawa
suaminya telah meninggal dunia.

Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada
seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut
masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut
(penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri?

Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu
telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya
seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga
janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi
Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua
insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah
tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada
Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa
pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.

Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi
lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka
berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi
hampir dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang enak
masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya
sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka
tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya.

Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini
sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh
menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun.
Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya
semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya...
berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.

Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, "Benarlah
sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa meninggalkan yang
haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah
menjadi halal."

Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang
tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa
tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang
menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila
kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih
dalam lagi.

Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita.
Masihkah ada cinta di sana?
Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan kemasan Cinta
Rabbani dan memberi
label halal di atasnya? Dan sudahkah kita
menyingkirkan cinta syhwat yang
akan menjerumuskan kita dalam petaka yang
berpanjangan?
Read More......

Mari Berpantun..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!



JUGA.......
Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud:
Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat, iaitu:

1. Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.
2. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.
3. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik
(iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).
4. Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
5. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.
6. Dan... orang alim adalah asing di kalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.

Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda:
" Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat
dengan pandangan kasihan."



Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang yang tidak melakukan sholat pada :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Read More......

JANGAN JANGAN JANGAN..........!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.

Jangan! makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja.Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal! kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan lupa bila berhutang...ingat bila kita susah.Tidak redha rezeki yg ada jika hutang diabaikan....

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)
Read More......

Assalamualaikum..

Hukum memberi salam adalah sunat muakkad bagi perseorangan dan sunat
kifayah bagi perkumpulan sedangkan menjawab salam pula adalah wajib
bagi perseorangan dan fardhu kifayah bagi perkumpulan.

Hikmah memberi salam :
- mendapat keredhaan Allah
- mendapat doa dari para malaikat
- akan mendukacitakan iblis
- dapat membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah (keji)
- dapat mengukuhkan persaudaraan Islam

Dulu kita berbangga memberi salam kepada saudara Islam tapi kini kita lebih
selesa dengan hanya menyebut "Hai". Kononnya lebih mudah dan ringkas.
Maklumlah dalam dunia yang serba pantas ini segalanya perlu cepat. Kalau
menyebut "Assalamualaikum", belum habis menyebut salam, orang tersebut
sudah tiada di depan mata. Itulah antara alasan yang sering digunakan
apabila ditanya kenapa dan mengapa mereka lebih suka mengucapkan "hai"
daripada "Assalamualaikum". Tapi sebenarnya ia menunjukkan betapa
rapuhnya ukhuwwah Islamiah kita hari ini.

Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa menyebut "Assalamualaikum" dah tak
serasi dengan zaman, dah tak moden dan tak ikut arus peredaran zaman. Memberi
salam juga seolah-olah hanya budaya pak aji dan mak aji sahaja. Sedangkan
memberi salam adalah dituntut dalam Islam terhadap seluruh umatnya. Seperti
yang dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud,

" Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah perkara yang terbaik
di dalam Islam?" Beliau menjawab: "Memberi makanan dan memberi salam kepada
orang yang kau kenal atau tidak kau kenal" (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan di antara hak Muslim adalah mengucapkan salam kepada sesama Muslim.
Sabda Rasulullah SAW:

"Demi Dzat yang diriku dalam genggamanNya, mereka tidak masuk syurga sehingga
mereka beriman, dan mereka tidak beriman sehingga mereka saling menyinta.
Maukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu mengerjakannya kamu saling
menyinta? Sebarkan salam di kalangan kamu."

"Dari Abu Hurairah Ra, "Rasulullah SAW bersabda, "Yang berkendaraan lebih
dahulu mengucapkan salam kepada yang berjalan kaku; yang berjalan kaki
mengucapkan salam kepada yang duduk, dan rombongan yang sedikit mengucapkan
salam kepada rombongan yang banyak." (HR. Muslim)

Wassalam...

Read More......

SOLAT 5 WAKTU - 80 PERATUS TIDAK MENGERJAKAN NYA...

SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama. Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

"Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya.


Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.

"Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama. Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau. Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.

Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk. Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam.

"Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak. Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak. Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah.

Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya. Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang. Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material. "Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya,''

Read More......

Tuesday, September 8, 2009

Bidadari Syurga.

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki
yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka
bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah
dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-
bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi
kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan
kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa
umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari-bidadari yang lain ( bermaksud mata yang di redhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa)
ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan
sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang
keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang
usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya
bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi
kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri
nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah
tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang
sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang
bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya
dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia
menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu
pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia
lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu
diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu
menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam
singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai.... lalu
diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu
wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam
mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu
dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya
sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan
mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari
yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan
tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...
akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu
diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu
pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan
agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi
sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat
Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda
tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah
pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah
menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah
nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi
yang shahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...
benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi
SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini
dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...

Read More......

Jama'ah Itu Lebih Baik

Beramal adalah penting di dalam kehidupan orang Islam. Islam adalah agama
yang lengkap dalam mendidik insan. Ia merupakan agama yang sempurna di setiap aspek.
Islam mementingkan dan menyeru kepada pandangan jama`ah tidak kepada pandangan
individu.

Daripada hadis, “Kekuatan Allah bersama-sama dengan jama`ah. Sesungguhnya
serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang terpisah daripada kumpulannya.”
Riwayat Abu Daud. Ia menunjukkan kepada kepentingan jama`ah dalam kehidupan
insan. Dan daripada hadis riwayat Bukhari dan Muslim, “Bandingan” antara muslim
dengan muslim yang lain samalah seperti binaan yang tersusun kukuh, sebahagiannya
memperkuat antara satu sama lain’’.Oleh sebab itu, tanpa jamaah, kita akan menjadi
lemah seperti umat islam pada hari ini yang mana lemah kerana mereka tidak mempunyai
kekuatan dan perkara tersebut disebabkan oleh umat Islam yang enggan daripada hidup dalam berjama`ah. Umpama berkas kayu, kuat apabila bersatu, lemah apabila berpecah.

Islam menyeru kepada pandangan berjama`ah kerana ianya membentuk
perpaduan. Selain itu, dengan pandangan jama`ah ia dapat melahirkan idea yang baik
ketika membuat keputusan mengenai sesuatu secara bersama.

Ketika zaman Khalifah Ar-Rasyidin juga menggunakan pandangan jama`ah
seperti dalam pemilihan khalifah selepas Rasulullah S.A.W. Selain itu dengan pandangan jama`ah ia akan dapat diterima oleh setiap orang dan pihak. Islam mengajak kepada pandangan jama`ah tidak kepada pandangan individu kerana ianya dapat mengelakkan daripada permusuhan.
Berjama`ah juga membawa keberkatan dan kerahmatan, dan manakala perpecahan membawa kepada azab dan mendorong kepada perpecahan.

Dan akhirnya daripada hadis Rasulullah S.A.W, sebahagian daripada riwayat
Bukhori dan Muslim, “hendaklah kamu bersama jama`ah muslimin dan imam mereka”
Dan bertitik tolak daripada itu, ia menunjukkan kepada kepentingan berjama`ah dalam
kehidupan muslimin. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan pandangan berjama`ah dan
tidak kepada pandangan individu. Dan ianya juga digalakkan di dalam islam.



Read More......

ALLAH IS ENOUGH FOR ME.

Dear Allah,

I feel sadness again today...
coz here I am, meshing up the garden again...

I try to talk about you like a crazy woman in love again...
but... they don't understand...
if they do... they don't really like to hear

Dear Allah...
I feel so secure and save with You
My heart is bleeding in misery of missing You every minutes
I whisper Your Name in every single breath I took....

I can't help it...
I can't hold my tongue from saying Your Greatness to me....

I feel bad when I talk about You and no one listen...
I feel so bad that those people will think that I am a hypocrite....

I am so afraid...if I've done something wrong to You......

I am so into You... and so few people can understand....

Dear Allah,
when they start to stop hearing me...
I go quite... and locked my self inside my little garden...

I better be alone to always whispering Your name...
I like it better when I cry because of You
I like it a lot when I wrote things about You...

Here I am, trying to be with You always...

Is there any word "Too Much!" on loving You??
If there is... Please forgive me, for I don't want to make You Mad....
If there is none, Please let me sink in this ocean of Loving You.....

Is it wrong dear Allah if I love You too much??
Is it wrong??

I can't help it to feel this way...
because I am so attached to You...
I need You more than the air I breath
I can't smile if I don't feel Your Greatness in me

Dear Allah....
If some one in love with a man,
they so proudly declare their love to the whole world!!
they will so excited to speak their feeling out loud...

but...
should I keep the urge inside my heart,
because the one I fall in love with is You???

if they could shout out loud about their love...why couldn't I???
just because the one I fall for is YOU...

Dear Allah....
You Have Promise me Heaven...
and my Heaven is Only YOU!!!

You warn me with Hell...
and my Hell is Without YOU!!!

Dear Allah...
My life is my devotion to You
My Heaven is You
My Hell is without You

am I being too much???

LAA ILLAAHA ILLAA ANTA SUBHANAKA INNII KUNTU MINAZZOOLIMIIN
Read More......

10 pesanan Imam Shafie yang perlu diikuti..

Sebelum Imam Shasie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya
serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:

" Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan
dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg
tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat
persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat
kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org
yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar,
meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan
kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan
kesulitan.

6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat):
mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman
dan suka berjamaah.

7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran
takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika
terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd
qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH
dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn
syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat
dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan,
mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci
kemaksiatan.
Read More......

Tuhanku..!!

"Dambaan kasih Illahi,
Sekian lama hati mencari sesuatu yang pasti,
Bagi menjadi nur dihati yang resah gelisah,
Gelap gelita, tanpa sinar cahaya kasihMu Illahi,

Dambaan rahmat dariMu Ya Rabbi,
Bagi merestui perjalan sufi di muka bumi ini,
Agar langkahku lurus meniti sinarmu Illahi,
Walau taubat sering kumungkir,
Walau janji sering terpinggir,
Namun, nikmat dan rahmatMu masih hampir,
Betapa hati ini hina,
Betapa diri ini durjana,
Alpa dek kelalian dunia,
Tuhan,
Terimalah seadanya sujudku di telapak sejadahMu,

Berkatilah sekelumit doa yang hanya mendamba rahmat dan kasihmu,
Sesungguhnya engkau Tuhanku,
Yang menciptakan aku dari setitis air yang hina,
Kepada makhluk yang mulia,
Sucikanlah hati ini dari mazmudah kemungkaran,
Sinarkan ianyadengan madah mahdudah,
Agar bias kukecapi halawah imanmu….

Ya Rabbi…
Ampunilah aku…
Read More......

wasiat syed Qutb..

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat ummat ini
Dan ……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar Read More......
Thank You Myspace Comments