Tuesday, September 8, 2009

Jama'ah Itu Lebih Baik

Beramal adalah penting di dalam kehidupan orang Islam. Islam adalah agama
yang lengkap dalam mendidik insan. Ia merupakan agama yang sempurna di setiap aspek.
Islam mementingkan dan menyeru kepada pandangan jama`ah tidak kepada pandangan
individu.

Daripada hadis, “Kekuatan Allah bersama-sama dengan jama`ah. Sesungguhnya
serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang terpisah daripada kumpulannya.”
Riwayat Abu Daud. Ia menunjukkan kepada kepentingan jama`ah dalam kehidupan
insan. Dan daripada hadis riwayat Bukhari dan Muslim, “Bandingan” antara muslim
dengan muslim yang lain samalah seperti binaan yang tersusun kukuh, sebahagiannya
memperkuat antara satu sama lain’’.Oleh sebab itu, tanpa jamaah, kita akan menjadi
lemah seperti umat islam pada hari ini yang mana lemah kerana mereka tidak mempunyai
kekuatan dan perkara tersebut disebabkan oleh umat Islam yang enggan daripada hidup dalam berjama`ah. Umpama berkas kayu, kuat apabila bersatu, lemah apabila berpecah.

Islam menyeru kepada pandangan berjama`ah kerana ianya membentuk
perpaduan. Selain itu, dengan pandangan jama`ah ia dapat melahirkan idea yang baik
ketika membuat keputusan mengenai sesuatu secara bersama.

Ketika zaman Khalifah Ar-Rasyidin juga menggunakan pandangan jama`ah
seperti dalam pemilihan khalifah selepas Rasulullah S.A.W. Selain itu dengan pandangan jama`ah ia akan dapat diterima oleh setiap orang dan pihak. Islam mengajak kepada pandangan jama`ah tidak kepada pandangan individu kerana ianya dapat mengelakkan daripada permusuhan.
Berjama`ah juga membawa keberkatan dan kerahmatan, dan manakala perpecahan membawa kepada azab dan mendorong kepada perpecahan.

Dan akhirnya daripada hadis Rasulullah S.A.W, sebahagian daripada riwayat
Bukhori dan Muslim, “hendaklah kamu bersama jama`ah muslimin dan imam mereka”
Dan bertitik tolak daripada itu, ia menunjukkan kepada kepentingan berjama`ah dalam
kehidupan muslimin. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan pandangan berjama`ah dan
tidak kepada pandangan individu. Dan ianya juga digalakkan di dalam islam.



No comments:

Post a Comment

Thank You Myspace Comments